Saturday, September 17, 2011

Demi anak-anak tersayang

Fatin Eryna...sepanjang ibu mengandungkan adik..ibu rasa sunyi sangat.. Setiap malam, ibu akan pasangkan MP3 ayat-ayat al-Quran sehinggalah waktu subuh... Sehingga sekarang pun..bila adik hendak tidur ibu perlu pasangkan ayat al-Quran supaya semua anak-anak ibu tidur.. Mungkin semuanya dah terbiasa dengar..sebab itulah, ianya menjadi kebiasaan kalian bertiga.. Fatin.... Ibu masih ingat lagi...semasa mengandungkan adik 6 bulan..ibu bawa angah dan kakak naik bas pergi rumah mak Tam di Klang.. Waktu itu, abang sepupu adik iaitu Adam sakit.. Ibu terpaksa bersusah payah dengan angah yang masih kecil..bawa bag, lampin dan susu...pegang kakak lagi.. Naik bas tengah malam sebab tak nak susahkan Mak Tam untuk bangun terlalu awal untuk ambil kami semua.. Ibu perlu pujuk kakak dua hentian sebelum sampai ke Terminal Bas Klang..sebab takut dia tak mahu jalan bila baru sangat sedar dari tidur.. Kami sampai pukul 6.30 pagi di Klang..waktu itu..tak der langsung orang yang nak tolong ibu..semuanya tengok ajer.. Mungkin itulah kenyataannya..orang kita jarang mempedulikan orang lain walaupun di depan mata seorang perempuan yang mengandung dan membawa dua anak kecil.. Walaupun susah, tetapi ibu puas hati..sebab dapat membawa kakak naik bas..kakak suka sangat... Hampir setiap masa kakak ucapkan terima kasih dan sayangkan ibu.. Adik tahu tak? Kakak selalu bertanya semasa ibu tengah memandu balik kampung.. "Ibu, apa benda tu?" "Dalam itu ader orang tak?" "Mereka semua nak pergi mana, kenapa ramai sangat?" Akhirnya bila, kakak sendiri dapat naik bas..semuanya dia jawab sendiri..

No comments:

Post a Comment