Saturday, September 17, 2011

Demi anak-anak tersayang

Fatin Eryna...sepanjang ibu mengandungkan adik..ibu rasa sunyi sangat.. Setiap malam, ibu akan pasangkan MP3 ayat-ayat al-Quran sehinggalah waktu subuh... Sehingga sekarang pun..bila adik hendak tidur ibu perlu pasangkan ayat al-Quran supaya semua anak-anak ibu tidur.. Mungkin semuanya dah terbiasa dengar..sebab itulah, ianya menjadi kebiasaan kalian bertiga.. Fatin.... Ibu masih ingat lagi...semasa mengandungkan adik 6 bulan..ibu bawa angah dan kakak naik bas pergi rumah mak Tam di Klang.. Waktu itu, abang sepupu adik iaitu Adam sakit.. Ibu terpaksa bersusah payah dengan angah yang masih kecil..bawa bag, lampin dan susu...pegang kakak lagi.. Naik bas tengah malam sebab tak nak susahkan Mak Tam untuk bangun terlalu awal untuk ambil kami semua.. Ibu perlu pujuk kakak dua hentian sebelum sampai ke Terminal Bas Klang..sebab takut dia tak mahu jalan bila baru sangat sedar dari tidur.. Kami sampai pukul 6.30 pagi di Klang..waktu itu..tak der langsung orang yang nak tolong ibu..semuanya tengok ajer.. Mungkin itulah kenyataannya..orang kita jarang mempedulikan orang lain walaupun di depan mata seorang perempuan yang mengandung dan membawa dua anak kecil.. Walaupun susah, tetapi ibu puas hati..sebab dapat membawa kakak naik bas..kakak suka sangat... Hampir setiap masa kakak ucapkan terima kasih dan sayangkan ibu.. Adik tahu tak? Kakak selalu bertanya semasa ibu tengah memandu balik kampung.. "Ibu, apa benda tu?" "Dalam itu ader orang tak?" "Mereka semua nak pergi mana, kenapa ramai sangat?" Akhirnya bila, kakak sendiri dapat naik bas..semuanya dia jawab sendiri..

Friday, September 16, 2011

Ku teruskan juga..

Berbekalkan semangat yang ada...aku teruskan juga kandunganku... Tidak tergamak rasanya untuk membuang zuriatku sendiri..walaupun pada zahirnya memang aku tidak mampu.. Sesungguhnya aku berpegang kepada kalimah ini.. Sesungguhnya Allah tidak akan memberikan apa yang kita minta..tetapi Dia akan kurniakan apa yang terbaik untuk kita.. Alhamdulillah...sepanjang ibu mengandungkan adik..ibu tidak mengalami sebarang masalah.. ibu pula tidak langsung mengidam apa-apa..apa sahaja yang ada..ibu anggap sebagai rezeki.. manakala yang tidak ada di depan mata..ibu tidak mengharapkan ia akan menjadi milik ibu... ibu langsung tidak mengalami masalah kejang..sakit belakang..malah ibu aktif mengalahkan orang biasa.. mungkin disebabkan ibu terpaksa menguruskan kedua-dua kakak adik...sebab itu lah..ibu tidak sempat berfikir tentang diri sendiri..

Fatin Eryna

Mengandungkan anak yang ketiga benar-benar menguji kesabaran aku sebagai seorang ibu.. Kandungan ini hanya aku sedari bila dah masuk 3 bulan... entahlah, kerana kejahilan aku yang tak tahu makan pil perancang ataupun memang rezeki Tuhan untuk aku..aku merasakan ada perubahan pada diriku..
Pada masa yang sama aku masih menyusukan anakku yang ke-dua Firdina Farisha..hampir 15 bulan aku langsung tidak didatangi bulan..dalam erti kata lain period la..niat hati pergilah Klinik Ibu dan Anak Seberang Jaya nak pasang IUD...sebelum proceed kena buat urine test...
Masyaallah..urine test positive...3 bulan...waktu itu rasa macam klinik tur kecil sangat...dengan baby yang sedang menangis..kakak yang masih kecil...bersediakah aku untuk mengandung lagi..?

Tuesday, June 29, 2010

Luahan Perasaan Buat Ibu

Kita sebagai ibu bapa kadangkala terlupa bahawa anak-anak mempunyai perasaan sedih, kecewa, tidak dihargai dan diketepikan. Apa yang selalu kita sedari adalah riaksinya yang gembira, pencapaiannya yang amat membanggakan kita, ataupun kelebihannya berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya. Jauh nun di sudut hati kecil mereka, mereka adalah sama sahaja dengan orang dewasa. Mungkin mereka belum tahu untuk meluahkannya.
Mendegar luahan perasaan puteri sulung kami membuatkan aku terkedu seketika. Umurnnya belum lagi mencecah tiga tahun.
Tapi kata-katanya membuatkan aku tersedar "Ibu, janganlah buat kakak macam tur, kakak sedih tau"
kanak-kanak kecil juga mempunyai perasaan untuk dihormati. Aku sebenarnya dengan tidak sengaja telah memarahinya kerana tidak mengambil barang untuk adiknya yang baru sahaja belajar berjalan. Kelekaannya dengan siri kartun kegemarannya 'Wonderpets' membuatkan aku geram lantas memarahinya. Maafkan ibu sayang, ibu tak berniat untuk melukakan perasaan kakak.
Ibu sebenarnya terlupa kakak juga mempunyai perasaan sama seperti orang dewasa lain

Anak-anakku


Setiap malam ibu akan berfikir tentang apa yang telah kamu berdua lakukan sepanjang hari..
Kadangkala timbul perasaan marah, geram, suka, bangga dan sayang terhadap kamu berdua.
Buat Fasiha Rayhanna, kakaklah teman ibu berbicara. Firdina Farisha, adiklah penawar hati ibu. Jadilah anak-anak yang solehah demi kehidupanmu di dunia dan akhirat. Amin...